BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 20, 2009

Baulu Vanila


Salam.saya lupa nak letakkan entry pasal kuih baulu yang saya buat sempena raya lepas.Resepi saya dapat dari majalah resepi sifu saya iaitu Pn Noraini.Beliau juge ada anjurkan kelas baking kat taman samudera gombak.Ok berbalik pada cerita baulu tadi.First time sebenarnya saya buat baulu ni menggunakan mesin spar tu.Dengan kecanggihan mesin tu mudah utk menghasilkan adunan yang gebu berbanding zaman nenek moyang kita dulu.Baulu ni sangat lembut jika dimakan pada keesokan harinya.boleh tahan seminggu tau baulu ni tanpa tambahan bahan pengawet.ok tak yah cerita pjg lebar lah,jom tgk resepi...

Bahan2.
200gm gula kastor
200gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
5 biji telor gred A
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat
1-pukul telur dan gula kastor hingga putih dan gebu dengan kelajuan tinggi selama 10 minit.
2-Maukkan tepung gandum yg diayak dgn serbuk penaik,secara sedikit2 sambil dikacau.
3-Campurkan esen vanila dan akhir sekali campurkan minyak masak dan gaul hingga sebati.
4-sapu acuan bahulu dgn sedikit minyak masak dan panaskan ketuhar selama 5 minit.
5-letak adunan separuh dari acuan dan bakar 180 darjah celcius selama 15 minit.
6-setelah masak cungkil dgn lidi dan sejukkan.

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment